NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Perkhidmatan Tren dan Bas Rapid KL Dilanjutkan Sehingga 1.30 Pagi sempena Tahun Baru

Perkhidmatan Tren dan Bas Rapid KL Dilanjutkan Sehingga 1.30 Pagi sempena Tahun Baru

Rapid KL telah mengumumkan bahawa perkhidmatan tren serta bas tertentu akan dilanjutkan sehingga jam 1.30 pagi pada malam ambang tahun baru 31 Disember 2023, Ahad ini. Ini adalah untuk memudahkan kepada semua penumpang yang meraikan tahun baru di sekitar pusat bandar.

Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen tren transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL. Manakala bagi laluan bas yang terlibat adalah Stesen Bas Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT. Berikut adalah stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang beroperasi sehingga jam 1.30 pagi malam itu:

Penumpang masih boleh keluar dari stesen-stesen yang tidak termasuk dalam senarai ini dan meneruskan perjalanan kerana stesen-stesen ini masih beroperasi seperti biasa. Rapid KL turut menambah dalam kenyataan bahawa bilangan anggota dan kakitangan operasi akan ditambah dan menyarankan pengguna supaya menggunakan kad Touch’N’Go bagi memudahkan perjalanan.

Gallery

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy