Sebuah pesawat Japan Airlines telah bertembung dengan pesawat milik Pengawal Pantai Jepun di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo semalam dan terbakar di landasan, lapor agensi berita Kyodo.
Lima orang maut dalam kejadian ini dan mangsa-mangsa yang terbunuh merupakan anggota Pengawal Pantai, manakala kesemua 379 penumpang pesawat Japan Airlines selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. Walaupun kedua-dua pesawat terbakar dalam nahas itu, penumpang pesawat Japan Airlines sempat keluar dengan selamat.
Menurut polis, lima daripada enam anggota Pengawal Pantai Jepun telah yang menaiki pesawat kedua disahkan meninggal dunia kecuali juruterbang. Lebih 70 jentera bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan telefon kecemasan kira-kira pada pukul 5.50 petang (waktu tempatan) semalam.
Menurut Kementerian Pengangkutan Jepun, kebakaran tersebut telah menyebabkan empat landasan di lapangan terbang berkenaan ditutup. Jepun tidak pernah mengalami kemalangan penerbangan komersial yang serius dan besar seperti ini sejak tahun 1985. Bencana ini telah membabitkan satu penerbangan kerana ia adalah salah satu nahas pesawat paling buruk di dunia.
Sumber : Berita Harian, Kosmo