passionately driven

Perodua Akhirnya Bersetuju Untuk Beli Semula “Bezza Gula” Dengan Harga Penuh

Berikutan dengan isu pemilik Perodua Bezza yang dikatakan mengalami masalah enjin kerana terdapat benda asing iaitu gula, malam tadi beliau telah memuat naik status di laman Facebook beliau bahawa Perodua telah bersetuju untuk membeli semula kereta itu dengan harga penuh. Berikut adalah kenyataan yang ditulis oleh beliau semalam:


Perodua akhirnya setuju untuk beli semula kereta saya dengan harga penuh!

Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ini pun saya akan dapat semula pemulangan wang.

Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama ATAU untuk saya menolak tawaran ni dan beli kereta lain.

Saya perlu buat keputusan ni dalam 7 hari.

Terima kasih Perodua atas keputusan ini.

Yang paling penting, terima kasih kepada semua yang membantu saya menuntut hak ini. Saya terhutang budi dengan anda.

Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya semut ini.

Tapi saya belajar sesuatu.

Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya.

Akhirnya, kerana gula, semut bersatu.


Pemilik Bezza itu, Nagakanni Subramaniam, terpaksa memuat naik status tentang kenderaannya beberapa hari yang lepas untuk meraih perhatian dengan kuasa tular di media sosial. Siapa sangka dengan sokongan dan bantuan orang ramai, kes ini telah sangat tular dan akhirnya Perodua mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Sepertinya rundingan di antara kedua-dua belah pihak telah selesai namun masih tiada kenyataan rasmi yang terkini dari Perodua tentang isu ini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD