passionately driven

Wanita Berdepan Detik Cemas Apabila Myvi Hanyut Dalam Longkang

Tular sebuah video berdurasi 14 saat di laman sosial media semalam memaparkan detik cemas seorang wanita sedang berpaut pada bahagian belakang keretanya sedang meminta tolong kerana keretanya sedang hanyut dalam arus yang deras.

Didapati dua orang wanita sedang berdepan detik cemas semalam apabila kereta yang mereka naiki dihanyutkan arus deras selepas ia terbabas ke longkang di jalan Johor Bahru ke Mersing.

Dalam video berdurasi 14 saat tersebut, kelihatan seorang lelaki telah terjun dengan beraninya ke dalam longkang untuk menyelamatkan wanita yang sedang berpaut pada kenderaannya itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora, kejadian tersebut membabitkan dua wanita yang berusia 37 dan 43 tahun. Tambah beliau lagi, siasatan awal mendapati bahawa kereta terbabit terbabas ketika melalui jalan dinaiki air dan masuk ke longkang besar sebelah kanan jalan menghala ke Kota Tinggi.

Kedua-dua mangsa telah berjaya diselamatkan oleh orang awam dan pemandu tidak mengalami apa-apa kecederaan manakala penumpang cedera ringan. Kedua-dua wanita tersebut telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi.

Satu laporan polis telah diterima mengenai kejadian itu dan Hussin berpesan supaya orang ramai berhati-hati dan lebih peka ketika musim tengkujuh ini untuk keselamatan bersama.

 

Sumber: Berita HarianĀ 

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD