Mitsubishi Triton Baru Ditemui di Sabah – Bakal Dilancarkan Segera?

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memuatnaik teaser beberapa hari lepas yang menunjukkan bakal ada satu lagi varian atau edisi baharu untuk Triton generasi sedia ada yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Namun, menerusi rakan media kami Paultan, gambar tersebut telah diterangkan dan kami dapati bahawa pikap trak itu masih menggunakan asas daripada Triton yang berada dalam pasaran sekarang dan bukanlah model generasi terbaru.

Kredit Gambar : Paultan

Menurut gambar perkongsian dari Paultan, baru-baru ini mereka telah terserempak dengan Triton yang seakan-akan sama dengan gambar di dalam teaser tempoh hari di hadapan pusat pameran Mitsubishi Kota Kinabalu, Sabah dan kami menjangkakan bahawa ia adalah model baharu yang telah dimuatnaik oleh MMM.

Kredit Gambar : Paultan

Seperti gambar di dalam teaser, corak pelekat pada bahagian tepi dan belakang Triton yang mereka jumpai adalah sama di samping dengan aksesori-aksesori lain seperti sports bar, pemegang pintu dan cermin sisi hitam serta rim hitam yang dibalut tayar tebal. Walau bagaimanapun, tiada banyak maklumat dan spesifikasi yang dapat dilihat dengan lebih jelas dan selebihnya perlu menunggu pengumuman dari MMM sendiri.

Kita boleh melihat penampilan Triton ini sama seperti Triton Athlete di mana ia datang dengan kemasan bawah bampar yang sama. Apa yang kami boleh jangkakan adalah tiada banyak perubahan bagi bahagian hadapan Triton ini dan rekaan luarannya. Sehingga kini, tiada sebarang maklumat dan pengumuman rasmi dari MMM tentang bilakah varian baharu ini akan dilancarkan di Malaysia.

Sumber : Paultan

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD