passionately driven

Kerajaan Ambil Kira Umur dan Tempoh Lesen Motosikal – Naik Taraf Lesen B2 kepada B

Menurut laporan Astro Awani, kerajaan akan menentukan mekanisme bagi membenarkan pemegang lesen motosikal kelas B2 dinaik taraf kepada B secara automatik. Hal ini telah diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia.

Sebelum dimuktamadkan, perkara ini akan diperhalusi dan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan pihak kuasa terbabit. Tambah beliau lagi, antara syarat kelulusan yang akan dipertimbangkan ialah mengambil kira individu berumur 35 tahun ke atas dan tempoh memiliki lesen kenderaan.

“Apa yang kami bincangkan ada tempoh tertentu. Pertama dari segi umur pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas. Kedua, memegang lesen B2 untuk satu tempoh tertentu, baru lah layak untuk mendapat lesen B. Jadi dalam perkara ini kita akan muktamadkan dalam mesyuarat terperinci yang diadakan antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT),” ujar beliau.

Turut hadir bersama adalah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam Sesi Libat Urus dan beliau berkata agensi di bawah kementeriannya seperti JPJ dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) agak keberatan untuk melaksanakan cadangan tersebut. Hal ini kerana, mereka bimbang untuk mengambil kira implikasi keselamatan terhadap pengguna jalan raya.

 

Sumber : Astro Awani

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD