Jalan yang menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate telah ditutup di kedua-dua arah bermula dari 19 Januari hingga 2 Februari disebabkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini telah diumumkan oleh Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands menerusi satu posting di laman Facebook rasmi mereka pada hari Sabtu yang lalu di mana notis penutupan sementara Jalan Boh Habu C156 Seksyen 0.70 bagi kedua-dua arah ditutup bagi kerja-kerja pembaikan.
Kredit Gambar : Facebook Rasmi JKR Cameron Highlands
Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengikut papan tanda yang telah disediakan di lokasi kejadian serta mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Jika anda telah merancang atau ingin pergi ke Boh Tea Estate dalam masa terdekat ini, sebaiknya anda membatalkan niat kerana tiada laluan alternatif bakal disediakan untuk naik ke Cameron Highlands.
Kredit Gambar : Buletin TV3
Penutupan jalan ini juga dibuat bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya pada masa akan datang.
Sumber : Buletin TV3