Sebuah kereta elektrik (EV), Tesla Model 3 telah merempuh sebuah tembok batu di kawasan perumahan di Serdang baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook yang telah dimuat naik oleh YC Shaun.
Berdasarkan gambar yang telah dimuat naik di Facebook, didapati bahawa keadaan Tesla Model 3 terbabit hanya mengalami sedikit kemek dan beg udara terkeluar, manakala cerminnya berada dalam keadaan baik dan tidak pecah.
Kredit Imej : FB YC Shaun
Difahamkan pemandu Tesla itu sedang dalam perjalanan pulang dari sebuah restoran berdekatan situ. Beliau mendakwa bahawa jalan yang dilalui adalah gelap dan itu telah mengakibatkan beliau tidak nampak tembok batu tersebut dan telah merempuhnya.
Menurut YC Shaun yang dipercayai menetap dan penduduk di kawasan kejiranan itu, penduduk telah membina tembok batu tersebut sejak 10 tahun yang lalu untuk melindungi kediaman mereka.
Kredit Imej : FB YC Shaun
“Tembok batu itu dibina ketika kawasan itu belum dimajukan sepenuhnya. Kalau anda duduk di kawasan sekitar perumahan itu anda mesti tahu kenapa tembok itu harus dibina. Kewujudan tembok itu dikemas kini dalam semua peta dalam talian. Pelik pemandu itu tak nampak,” katanya.
Apa yang dapat dilihat menerusi gambar perkongsian oleh YC Shaun, laluan tersebut dilihat terang dengan lampu jalan dan apa yang dikatakan oleh pemandu tersebut adalah mustahil iaitu beliau mendakwa bahawa jalan itu gelap.
Kredit Imej : FB YC Shaun
Sumber : Kosmo