Sebuah kemalangan telah berlaku antara sebuah lori tangki dan lori trailer pagi tadi, di KM319.6 arah Utara antara Tapah dan Gopeng. Kepada yang menggunakan laluan ini, anda diminta untuk menggunakan laluan alternatif kerana semua lorong arah Utara ini ditutup kepada trafik setakat 3.35 petang tadi.
Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah menerima panggilan telefon kira-kira pada jam 6.41 pagi tadi. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.40 pagi dan kedua-dua pemandu cedera ringan dan telah dirawat oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Setibanya jentera dilokasi kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah trailer dan dua orang pemandu mengalami cedera ringan namun tidak tersepit,” katanya. Menurut jurucakap bomba, kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan ammonium nitrate manakala sebuah lagi muatan skru/nat.
Lorong arah bertentangan telah diaktifkan (KM318.7 hingga KM320.6) dengan satu lorong arah Selatan digunakan untuk trafik arah Utara, serta lorong kemasan arah Selatan juga digunakan untuk aliran utama trafik. Namun begitu, setakat 3.35 petang tadi, PLUS melaporkan kesesakan sejauh 10 KM arah Utara dan 9 KM sesak arah Selatan.
Sejak kemalangan ini berlaku pada jam 7 pagi tadi, operasi besar sedang dijalankan untuk mengalih dua lori berkenaan. Sila rancang perjalanan anda sebaiknya menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini.
Sumber : Paultan
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?