passionately driven

14 Lokasi Smartlane Diaktifkan oleh PLUS Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Hingga 18 Februari

PLUS Malaysia Berhad telah bersedia untuk menguruskan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya sempena dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina pada hujung minggu ini. Fokus utama adalah keselesaan pengguna, pengurusan trafik, pengagihan trafik dan komunikasi yang efisien.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi berkata, “Lebuh raya PLUS sering mencatatkan peningkatan trafik yang konsisten sehingga dua juta kenderaan sehari setiap kali musim perayaan. Oleh yang demikian, kami menjangkakan ia akan turut berlaku pada musim perayaan yang akan datang dan mungkin akan sedikit meningkat kepada 2.1 juta kenderaan sehari berdasarkan trend pergerakan kenderaan pada ketika ini.

“Secara amnya, peningkatan jumlah kenderaan menyumbang kepada kebarangkalian berlakunya kesesakan terutamanya di lokasi-lokasi hot spot seperti Tapah-Gopeng, Simpang Pulai-Gopeng, Slim River-Sungkai, Rawang Selatan- Sungai Buaya, Lembah Beringin-Rawang, Juru-Sungai Dua-Bertam, Jambatan Pulau Pinang, Ipoh Utara-Changkat Jering, Jelapang-Terowong Menora-R&R Sungai Perak, Kuala Kangsar- R&R Sungai Perak, Senawang-Seremban, Ayer Keroh-Jasin, Sedenak-Senai Utara dan termasuklah di kawasan-kawasan rehat, hentian-hentian sebelah dan plaza-plaza tol.”

Seramai 450 anggota PLUSRonda telah ditempatkan oleh PLUS untuk membuat rondaan dan memberi bantuan kepada pengguna di lebuh raya. Selain itu, seramai 1,500 kakitangan di plaza tol untuk memastikan kelancaran semua 1,075 lorong beroperasi dan 2,100 kakitangan penyelenggaraan bagi memastikan kebersihan di semua kawasan Rehat & Rawat (R&R) terjaga.

Tandas-tandas tambahan juga disediakan di 21 lokasi terpilih serta 79 kawasan meletak kenderaan tambahan di beberapa lokasi terpilih di sepanjang lebuhraya.

“PLUS juga memberi perhatian khusus terhadap aspek pengurusan trafik dan insiden yang lebih baik pada musim perayaan yang akan datang. Oleh itu, tiada penutupan lorong akan dilaksanakan sejak 5 Februari lalu hingga 16 Februari 2024 bersempena dengan musim perayaan kali ini.

“Namun begitu, penutupan lorong terpaksa dilakukan dari masa ke masa sekiranya berlaku kemalangan serta kerja-kerja kecemasan dan kritikal yang berisiko kepada keselamatan pengguna lebuh raya yang perlu diselenggarakan,” tambah Datuk Ir Zakaria.

Berikut merupakan senarai 14 lokasi yang terlibat dengan pengaktifan lorong SmartLane untuk melancarkan pergerakan trafik:

nazznco-article-cover-senarai-lokasi-smartlane-cny-2

nazznco-article-cover-senarai-lokasi-smartlane-cny-1

Kredit Imej : PLUS Malaysia Berhad

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD