NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

LCS Pertama Capai 85% November Ini, Lalui Ujian di Laut

LCS Pertama Capai 85% November Ini, Lalui Ujian di Laut

Sebaik sahaja mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 85 peratus, kapal tempur pesisir (LCS) pertama dijangka akan menjalani ujian penilaian di pelabuhan dan laut pada November tahun ini.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.

Jelas beliau, status semasa kemajuan kapal LCS merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir Januari lalu adalah 67.57 berbanding sasaran 68.77 peratus.

“Maknanya ada kurang satu peratus, tetapi pihak syarikat Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd akan berusaha untuk pastikan kita dapat lakukan mitigasi menangani cabaran ini dan dijangka bulan Jun itu, projek LCS tersebut kembali ke jadual sasarannya.

“Walaupun kapal dah siap 85 peratus tetapi ia masih tidak lengkap kerana belum melalui ujian di laut dan ia akan ambil masa dua tahun untuk ujian berkenaan,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.

Peratusan kemajuan pembinaan bagi kapal LCS kedua hingga lima turut akan meningkat menjelang akhir tahun ini, ulas beliau. “Untuk LCS kedua akan capai 78.17 peratus; LCS ketiga (61.48 peratus); LCS keempat (53.40 peratus); dan LCS kelima (42.11 peratus),” katanya.

Oktober tahun lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) dalam laporan prosiding berhubung kemajuan projek pembinaan LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 memaklumkan, kelima-lima kapal LCS akan siap pada 2029.

Bagi tujuan itu, kos tambahan RM2.098 bilion diperlukan, kepada kos asal RM9.128 bilion.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy