Seorang lelaki yang dikesan sengaja mencetuskan kemalangan jalan raya dengan niat untuk meminta wang sebagai ganti rugi telah berjaya ditahan oleh pihak polis. Penganggur berusia 41 tahun itu telah ditahan di Changkat Bukit Gambir 1, Gelugor di Georgetown pada jam 7.43 malam, Ahad yang lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, semakan lanjut mendapati bahawa suspek mempunyai 13 rekod lampau dengan 5 daripadanya melibatkan jenayah manakala 8 lagi melibatkan kes dadah.
“Kita sudah lengkapkan kertas siasatan serta serah kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan lanjut. Susulan itu, kita terima arahan bagi mendakwa suspek di mahkamah pada Khamis ini mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Menurut laporan Berita Harian Ahad lalu, gambar dan video seorang lelaki yang juga penunggang motosikal terbabit telah tular di media sosial di mana dia didapati sengaja melanggar sebuah kereta dan mendakwa kesalahan itu berpunca dari pemandu kenderaan terbabit.
Berbekalkan alasan cermin sisinya patah, suspek telah meminta bayaran ganti rugi sebanyak RM20 hingga RM60 daripada pemilik kereta sebelum diugut untuk lapor kepada pihak polis.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?