Tambang Bas Ekspres Ekonomi Naik 10 Peratus

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, kadar tambang bas ekspres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10% mulai 4 hingga 17 April ini.

Surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilometer (skm) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dan dari pelaksanaan surcaj itu akan mengakibatkan peningkatan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan dari RM0.093 skm kepada RM0.102 skm, jelas APAD.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 10 dan 11 April ini, permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) juga telah dibuka bagi perkhidmatan bas ekspres dan kepada semua pengendali bas yang layak bermula 11 Mac hingga 2 April ini. Tempoh sah laku lesen bagi semua permohonan yang diluluskan adalah dari 4 hingga 17 April.

“Langkah berkenaan diambil bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi dan dapat menampung peningkatan penumpang yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan,” menurut kenyataan itu.

 

Sumber : Harian Metro

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD