NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Perjanjian Konsesi Lebuhraya WISE Dijangka Ditandatangani Tidak Lama Lagi

Perjanjian Konsesi Lebuhraya WISE Dijangka Ditandatangani Tidak Lama Lagi

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, perjanjian konsesi Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) dijangka bakal ditandatangani tidak lama lagi iaitu seawal pertengahan tahun ini.

Bakal memintas jajaran Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), lebuhraya WISE akan dibina sepanjang 60 km dari Gopeng ke Kuala Kangsar. 

Jelas Alexander, draf awal perjanjian dan hal berkaitan konsesi lebuhraya itu kini masih di peringkat penelitian oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri, lapor Berita Harian.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian (Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad) dan kita hendak pastikan ia (tandatangan perjanjian konsesi) pada pertengahan tahun ini.

“Sekarang, ia memang di peringkat draf awal perjanjian dan sebagainya oleh UKAS. Kalau kata tahun ini kita tandatangani perjanjian maka sudah semestinya kita minta ia (pembinaan WISE) dipercepatkan,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan cadangan pembinaan WISE, dengan projek dibangunkan syarikat konsesi menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamead.

Dengan adanya pembinaan Lebuhraya WISE ini, ia bakal melengkapkan rangkaian lebuhraya di negeri tersebut yang kerap mengalami kesesakan teruk terutamanya di laluan Terowong Menora PLUS. Setakat ini, semua pemandu terpaksa melalui jalan lama yang sempit dari Sungai Siput ke Chemor kerana tidak mempunyai alternatif lain.

 

Sumber : Berita Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy