NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Isteri Didenda RM1,000, Rosakkan Kereta Suami Selepas Dicerai Melalui Whatsapp

Isteri Didenda RM1,000, Rosakkan Kereta Suami Selepas Dicerai Melalui Whatsapp

Seorang wanita bertindak merosakkan kereta bekas suaminya yang bergelar datuk gara-gara berang kerana diceraikan talak 3 menerusi aplikasi Whatsapp. Lebih mengundang padah apabila wanita tersebut perlu membayar denda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Hukuman berkenaan telah dijatuhkan oleh Majistret, Sasha Diana Sabtu selepas pihak pendakwaan berjaya memenuhi beban pembuktian melampaui keraguan munasabah terhadap yang tertuduh.

Berdasarkan keputusan penghakiman yang telah dimuat naik dalam sistem e-kehakiman pada 13 Mac, bukti menunjukkan tindakan berulang tertuduh membawa kepada kerosakan kepada kereta itu.

“Tertuduh berasa kecewa dan terdesak kerana terpaksa menunggu di luar rumah bekas suaminya yang berusia 61 tahun, namun dia masih enggan bercakap ketika ditemui tertuduh.

“Kejadian itu menyebabkan tertuduh beremosi sehingga merosakkan tingkap dan cermin kenderaan supaya lelaki itu keluar dari kereta,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu telah didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk dan menendang cermin hadapan kereta jenis BMW 530 sehingga retak.

Kes didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan kejadian didakwa terjadi di sebuah rumah di daerah ini sekitar jam 12.05 tengah malam pada 24 Julai 2020.

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy