passionately driven

Kereta Bertembung Lori Ikan – Seorang Wanita Maut, Empat Cedera

Sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah bertembung dengan sebuah lori yang membawa muatan ikan di Jalan Sungai Limau Dalam semalam dan telah mengakibatkan seorang wanita maut manakala empat lagi cedera.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada jam pada jam 11.02 pagi.

“Sepasukan anggota dari BBP Yan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jefri Zakaria telah ke lokasi bersama enam anggota selepas menerima maklumat tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati terdapat tiga mangsa di dalam kereta Myvi manakala dua lagi adalah pemandu dan kelindan lori,” katanya pada Jumaat.

Sebaik tiba di lokasi kemalangan, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan mangsa yang maut adalah penumpang yang duduk di bahagian belakang kereta Myvi berkenaan.

Selain itu, dua lagi pemandu dan penumpang kereta itu mengalami cedera parah manakala pemandu lori dan kelindan muatan ikan itu mengalami cedera ringan.

“Tindakan yang dilakukan oleh anggota adalah dengan mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan membersihkan tumpahan minyak di atas jalan. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Yan dengan menaiki ambulans KKM. Mayat mangsa pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, ” ujar beliau lagi.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD