NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Larangan Kenderaan Berat di Lebuhraya PLUS sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Pada 8-9 April dan 13-14 April

Larangan Kenderaan Berat di Lebuhraya PLUS sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Pada 8-9 April dan 13-14 April

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menguatkuasakan larangan untuk kenderaan berat menggunakan jalan raya khususnya lebuhraya selama 4 hari pada 8-9 April dan 13-14 April.

Menerusi perkongsian info grafik berhubung larangan kenderaan berat di laman Facebook rasmi JPJ, terdapat tiga kategori kenderaan berat iaitu trak tunda yang muatannya melebihi 7,500 kg, lori kontena, kren bergerak dan lori pembancuh simen.

Bagi kategori pertama, tempoh larangannya ialah sepanjang empat hari berkenaan manakala kategori kedua bermula pada jam 12 tengah malam hingga 8 pagi. Tidak dilupakan bagi kategori ketiga, tempoh larangannya bermula jam 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km sahaja dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di jalan tertentu.

JPJ menyeru dan memohon kerjasama kepada pengguna jalan raya dan orang awam untuk mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya lain.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy