NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam – Ahmad Maslan

Projek Pelebaran Lebuhraya PLUS Diteruskan Sehingga Ayer Hitam – Ahmad Maslan

Memetik dari laporan Bernama, projek pembesaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) oleh PLUS Malaysia akan diteruskan sehingga ke susur keluar Ayer Hitam, berbanding pada sebelum ini yang hanya sehingga Simpang Renggam, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ini bermakna pertambahan sebanyak 17 km bagi projek pelebaran lebuhraya itu kini telah mencecah sehingga 37 km. Selain itu, pertambahan lorong dari 4 lorong kepada 6 lorong dari Sedenak ke Simpang Renggam turut diumumkan. Ia turut dijelaskan oleh Ahmad Maslan bahawa tiada sebarang peruntukan tambahan diperlukan bagi pelebaran Lebuhraya PLUS ke lokasi baharu berkenaan.

“Kami kini dalam proses kajian nilai untuk melanjutkan pelebaran laluan berkenaan dengan peruntukan yang begitu besar, dan projek itu akan dimulakan tahun ini,” katanya baru-baru ini.

Projek pelebaran lebuhraya itu pada mulanya diumumkan meliputi jarak 21.8 km dalam fasa pertama, dan projek pelebaran itu adalah meliputi laluan dari Senai Utara ke Sedenak yang akan disiapkan dalam tempoh 36 bulan. Fasa kedua adalah dari Sedenak ke Machap, dan akan bermula pada awal 2025.

 

Sumber : Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy