NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

18 Lokasi Smartlane Diaktifkan oleh PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri

18 Lokasi Smartlane Diaktifkan oleh PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri, PLUS bakal mengaktifkan 18 lokasi Smartlane di kawasan yang kritikal sepanjang Lebuhraya PLUS. Berbanding perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, terdapat pertambahan 3 lokasi baru Smartlane oleh PLUS.

Pengarah Urusannya, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, “Plus memberi tumpuan khusus kepada pengurusan kesesakan, pengagihan trafik dan keselesaan pengguna bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih lancar dan selesa pada musim perayaan Aidilfitri ini. Ketika SmartLane diaktifkan, lorong paling kiri yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal.”

Tambah beliau lagi, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), majoriti pengguna lebuhraya bersetuju bahawa inisiatif untuk mengaktifkan laluan Smartlane pada waktu kemuncak sangat membantu dalam melancarkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Orang ramai disarankan untuk mengikut cadangan waktu perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh syarikat konsesi lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy