Jaecoo J7 telah menjalani percubaan off-road di Malaysia 4WD Training and Experience Centre (M4TREC). M4TREC, penyedia latihan 4WD terkemuka di Malaysia, terkenal dengan kursus halangan 4WD bertaraf dunia dengan 6 jenis rintangan yang pelbagai dan mencabar.
Selain dari mempunyai 3 mod pemanduan yang biasa iaitu Normal, Economy dan Sports, J7 ini mempunyai 4 lagi mod pemanduan yang luar biasa iaitu Snow, Sand, Mud dan Off-Road. Selain itu, model ini turut mempunyai kebolehan untuk mengharungi air sedalam 600 mm, di mana ini menunjukkan kebolehannya serta ketahanan lasak yang tinggi di dalam apa jua situasi pemanduan.
Ia didatangkan dengan kamera 540 darjah yang mampu memantau pelbagai rintangan ketika di M4TREC dan sekaligus dapat memaparkan dengan jelas (3D) di skrin infotainment bersaiz 14.8 inci. Dilengkapi dengan enjin 1.6 TGDi, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 194 Hp dan 290 Nm torque dengan transmisi dwi-klac basah 7 kelajuan (7DCT).
Jaecoo telah menguji kebolehan off-road J7 ini di M4TREC menerusi 4 rintangan iaitu side slope, frame twister, ridge crossing dan water wading environment.
1. Side Slope

2. Frame Twister

3. Ridge Crossing

4. Water Wading

Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?