passionately driven

Kemalangan Atlet Kayak Kebangsaan – Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah

Susulan dari kemalangan yang telah terjadi kepada atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, baru-baru ini, tertuduh yang dikenali sebagai R Dinesh telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan kepada atlet tersebut.

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kereta Toyota Vios dengan kadar kandungan alkohol dalam badan sebanyak 178 miligram/100 milimeter, 50 miligram melebihi had, daripada had ditetapkan iaitu 128 miligram/100 milimeter sehingga menyebabkan kecederaan kepada Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22.

Jika disabit kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 selain hilang kelayakan memandu bakal dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pendakwa telah meminta jaminan sebanyak RM20,000 ke atas tertuduh serta lesen memandu digantung sehingga kes perbicaraan selesai sepenuhnya dan perlu melapor diri ke Balai Polis Skudai sebulan sekali.

Tertuduh telah merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana gajinya sebagai penolong penyelia kilang yang tidak mencukupi dan perlu menjaga ayahnya selepas kematian ibu.

Majistret membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin, lesen memandunya digantung sehingga kes selesai selain perlu melapor diri di Balai Polis Skudai sebulan sekali. Tarikh sebutan semula telah ditetapkan pada 24 Jun oleh majistret bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD