NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Kenderaan Rosak Ditimpa Pokok Tumbang di Klang

Dua Kenderaan Rosak Ditimpa Pokok Tumbang di Klang

Sebuah insiden pokok tumbang telah terjadi hari ini di Jalan Kapar Batu 6, Klang dan menyebabkan dua buah kenderaan rosak kerana ditimpa pokok berkenaan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua kenderaan yang terlibat adalah Toyota Altis dan Perodua Bezza. Selain itu, 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak sempat keluar dari kenderaan dan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pokok tumbang terbabit.

“Mangsa adalah 2 orang lelaki, berusia 30 hingga 40 tahun, seorang wanita 40-an, seorang budak lelaki dan juga seorang budak perempuan. Perodua Bezza telah diduduki oleh sekeluarga empat orang manakala Toyota Altis diduduki oleh seorang individu.

 

Sumber : New Straits Times

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy