Elon Musk Mungkin Tinggalkan Tesla Jika Tak Dibayar RM264 Billion

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, dia mendakwa akan meninggalkan Tesla sekiranya tidak mendapat bayaran seperti yang dijanjikan pada 2018 iaitu sebanyak AS$56 bilion (RM264.5 bilion).

Sepucuk surat telah dikirimkan kepada salah seorang ahli lembaga pengarah Tesla, Robyn Denholm, di mana semua pemegang saham harus menunaikan janji sekiranya mahu Elon kekal di dalam Tesla.

Terbaharu, pada tahun ini seorang hakim telah menafikan bayaran tersebut dan menyifatkan perjanjian tersebut berat sebelah selepas menerima rungutan dari pemegang saham.

Oleh yang demikian, semua pemegang saham akan membuat undian secara rasmi pada 13 Jun ini sama ada mahu membayar Elon atau pun tidak dan sekiranya gagal mencapai kata persetujuan, berkemungkinan besar Elon akan berpindah ke syarikat lain.

Saham Tesla dilaporkan telah menurun secara drastik daripada AS$407 (RM1,920) pada penghujung 2021 kepada AS$178 (RM840) bulan ini (Jun 2024). Selain itu, dari segi jualan juga telah dipintas oleh pengeluar kereta elektrik terbesar di dunia iaitu BYD.

Timbul spekulasi dari kalangan pemegang saham bahawa Elon hilang fokus selepas membeli Twitter pada Oktober 2022 dan menjual sebahagian besar pegangan Tesla untuk membiayai Twitter yang kini sudah dijenamakan sebagai X.

Tindakan Elon telah menyebabkan nilai pasaran Tesla menurun sekaligus menunjukkan bahawa Elon tidak layak diberikan ganjaran yang boleh menyumbang kepada kekayaannya sebanyak 27%.

 

Sumber : Astro Awani | CNN

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD