Susulan dengan pelancaran nama dan logo baharu bagi jenama pengeluar kenderaan elektrik (EV) di bawah Proton, syarikat pengeluar kereta nasional itu turut merancang untuk mengeluarkan 5 model EV menggunakan platform Global Modular Architecture (GMA) di bawah Proton e.MAS.
Memetik dari kenyataan Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah, model EV pertama dari Proton e.MAS dijangka akan dilancarkan menjelang awal tahun hadapan iaitu pada bulan Januari.
“Proton belum memutuskan garis masa (menetapkan tarikh) tetapi model pertama akan dilancarkan tidak lama lagi, ia mungkin awal 2025 atau lebih awal.
“Kami mahu memastikan penerimaan Proton EV di pasaran dari segi volume dan model, kami akan memutuskan (untuk melancarkan lebih banyak EV) berdasarkan permintaan dan penerimaan orang ramai terhadap Proton EV,” kata Roslan.
Selain penerimaan orang ramai terhadap Proton EV, mereka juga menitikberatkan harga EV Proton e.MAS yang akan dipasarkan untuk memenuhi kehendak orang ramai yang menginginkan harga yang berpatutan dan mampu milik.
“Selain membangunkan ekosistem automotif, kami juga diamanahkan oleh kerajaan dan pemegang saham untuk menghasilkan kereta mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
“Kami mendapati kebanyakan kereta EV di pasaran kini berada dalam julat melebihi RM100,000 dan kami sedang melihat julat harga sesuai untuk Proton, orang ramai dan kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, berkata pelancaran jenama e.MAS ini menunjukkan evolusi syarikat dan menjelang akhir tahun ini iaitu pada bulan Disember, Proton e.MAS EV pertama akan dilancarkan bersama dengan promosi produk dan pengiktirafan jenama.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?