NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bonggol Tinggi Macam Tembok di Terengganu, Netizen Marah!

Bonggol Tinggi Macam Tembok di Terengganu, Netizen Marah!

Seorang pengguna di platform Facebook yang dikenali sebagai Putera Walid telah memuat naik sebuah gambar dan meluahkan rasa geram dan marah apabila terdapat bonggol di jalan raya yang dibina terlampau tinggi seperti tembok.

Hantaran tersebut pada mulanya telah dimuat naik ke dalam kumpulan Warga Kuantan Official. Selepas pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) membuat semakan, didapati bonggol terbabit sebenarnya adalah di Terengganu dan bukanlah di Kuantan.

Lokasi sebenar bonggol tersebut masih sedang cuba didapatkan oleh pihak Kosmo!. Sementara itu, pihak MBK menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan dengan memecahkan bonggol tersebut sekiranya terdapat bonggol setinggi itu dan melaporkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) jika bukan di bawah selenggaraan MBK.

 

Sumber : Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy