Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jengka maut selepas melanggar sebuah kenderaan ketika menunggang motosikal jenis Yamaha R250 di simpang hadapan Balora Mustika Jengka di sini malam semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber, mangsa dikenali sebagai Ahmad Imran Aiman Md Mubin, berusia 23 tahun ketika itu sedang dalam perjalanan dari UiTM Kampus Jengka menghala ke Bandar Jengka sekitar jam 9.15 malam.
“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan Sylphy keluar dari simpang sebelah kanan sebelum dilanggar oleh motosikal ditunggang mangsa yang bergerak lurus.
“Akibat kejadian penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital yang sama untuk menerima rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan sedang giat dijalankan oleh pihak polis.
Sumber : Kosmo!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?