NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kereta Terbakar, Pergelangan Tangan Putus Dijumpai

Kereta Terbakar, Pergelangan Tangan Putus Dijumpai

Sebuah kebakaran yang melibatkan kenderaan jenis Toyota Vios telah berlaku berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan. Lebih mengejutkan apabila pergelangan tangan manusia yang terputus turut ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, Mohd Jamalludin Mat Yusop, selain pergelangan tangan manusia yang ditemui dengan kesan darah itu, tiada anggota badan lain atau manusia ditemui di lokasi kejadian selepas berjaya memadamkan kebakaran.

Nombor pendaftaran bagi Toyota Vios itu turut tidak dapat dikesan kerana telah musnah terbakar 95 peratus.

“Pihak bomba menerima panggilan mengenai kebakaran kereta pada am 11.16 pagi.

“Apabila anggota kita sampai semua mangsa yang terlibat tidak ada di lokasi, hanya pergelangan tangan manusia yang telah putus ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Selain itu, sebuah kereta jenis Proton Saga dan Honda Accord yang dipercayai terbabit dengan perlanggaran turut dijumpai berhampiran dengan lokasi kejadian. Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar dan identiti pergelangan tangan yang putus itu.

 

Sumber : Careta

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy