Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan lagi panggilan semula Siri 2/2024 dan memuat naik senarai 3 jenama kereta iaitu Toyota, Chery dan Mercedes-Benz di laman rasmi Facebook mereka.
Berikut adalah merupakan perincian penuh bagi model yang terlibat dalam panggilan semula ini:
Toyota – UMW Toyota Motor Sdn Bhd
Chery – Chery Corporation Malaysia Sdn Bhd

Mercedes-Benz – Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd


Sekiranya kenderaan anda tersenarai dalam senarai panggilan semula ini, anda hendaklah memberikan kerjasama dengan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar kenderaan sama ada perlu membuat temu janji terlebih dahulu atau mematuhi jadual giliran yang telah ditetapkan.
Kos penukaran alat ganti bagi kenderaan yang terlibat dalam aktiviti Pemanggilan Semula ini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar kenderaan.
Sumber : FB Rasmi JPJ Malaysia
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?