passionately driven

Cuba Rasuah JPJ Untuk Lulus Ujian Kereta, Lelaki Berusia 18 Tahun Ditahan

Seorang lelaki berusia 18 tahun telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila kantoi cuba memberi rasuah kepada pegawai JPJ sebanyak RM50 pada Selasa lalu.

Difahamkan rasuah tersebut adalah supaya dia lulus dalam ujian lesen memandu kereta (Kelas D) di sebuah institut memandu di Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, tawaran tersebut telah ditolak oleh pegawai JPJ terbabit.

Laporan mengenai kejadian itu telah diterima oleh pihak SPRM Perak dan lelaki terbabit telah ditahan pada jam 1 tengahari, kata Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed.

“Lelaki itu ditahan semalam ketika hadir ke pejabat SPRM Ipoh untuk memberi keterangan. Dia kemudiannya dibebaskan selepas keterangannya diambil,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

“Kita berharap lebih ramai pihak termasuk dalam kalangan penjawat awam dapat melaporkan kepada SPRM berkaitan rasuah biarpun nilainya rendah,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD