NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Laluan Jalan Genting Highlands-Batang Kali Dibuka Semula – Kos Sebanyak RM19 Juta

Laluan Jalan Genting Highlands-Batang Kali Dibuka Semula – Kos Sebanyak RM19 Juta

Laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang telah ditutup susulan tragedi tanah runtuh yang telah meragut 31 nyawa pada Disember 2022 telah rasmi dibuka semula pada 3 petang semalam kepada semua pengguna jalan raya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian negeri, Izham Hashim, kerja pembaikan jalan tersebut telah mencecah kos sebanyak RM19 juta dan telah dibaiki menggunakan kaedah Terralink Wall System yang menggabungkan pelbagai kaedah kejuruteraan civil yang kompleks.

“Kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk menggunakan reka bentuk TerraLink Wall System kerana ia tidak banyak digunakan. Sistem ini digunakan selepas mengambil kira lokasi yang agak compact dan construction space tidak luas,” katanya selepas merasmikan flag off pembukaan semula laluan berkenaan kepada pengguna jalan raya.

Dengan pembukaan jalan ini, orang awam akan menerima faedah berbanding pada dua tahun sebelumnya.

“Sebelum ini, laluan alternatif ini ditutup dan hanya dibuka satu laluan untuk pekerja-pekerja di Genting Highlands yang menetap di Batang Kali. Saya berharap ia akan memberi manfaat dan keselesaan kepada pengguna,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy