NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Cubaan Menyeleweng Lebih 6,000 Liter Diesel Dipatahkan oleh KPDN

Cubaan Menyeleweng Lebih 6,000 Liter Diesel Dipatahkan oleh KPDN

Satu serbuan telah dibuat di sebuah premis pemborong minyak berlesen di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam baru-baru ini di mana Kementerian Pertahanan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah berjaya menghentikan cubaan menyeleweng lebih 6,130 liter diesel dan petrol.

Menurut Pengarah KPDN, Muhammad Nizam Jamaludin, hasil risikan selama 2 minggu telah dibuat sebelum mereka melakukan serbuan pada 8.30 pagi itu bersama sepasukan pegawai dan anggota KPDN Kubang Pasu.

“Semasa serbuan, seorang pekerja premis warga tempatan berusia 37 tahun sedang mengisi minyak diesel dan petrol ke dalam tangki dua treler dengan nombor pendaftaran asing. Kami dapati kedua-dua treler itu telah diubah suai dan dipasang tangki tambahan. 

“Kami menemukan 2,148 liter minyak diesel dan 3,982 liter minyak petrol di dalam tangki tambahan berkenaan. Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan berjumlah lebih RM230,300,” katanya.

Pekerja di premis tersebut serta dua lelaki warga Thailand berusia 36 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan KPDN Kedah memberi amaran kepada semua pihak yang berurusan dengan barang kawalan dan subsidi supaya mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

 

Sumber : Bernama

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy