NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Empat Cedera, Ambulans Terbabas dalam Parit

Empat Cedera, Ambulans Terbabas dalam Parit

Dua lelaki parah manakala seorang wanita cedera apabila ambulans yang dinaiki mereka terbabas di dalam parit di jalan tol Kamunting, Taman Berkat, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, orang awam turut berjaya mengeluarkan seorang lagi mangsa lelaki selepas kemalangan.

“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan ambulans terbabas di dalam parit dan terdapat empat orang mangsa. Seorang mangsa lelaki telah dikeluarkan oleh orang awam dan tiga orang mangsa dikeluarkan oleh pihak bomba. Ambulans itu dari Parit Buntar dan dalam perjalanan balik dari Hospital Taiping,” katanya.

Pihak bomba menerima panggilan telefon pada jam 3.30 pagi dan berjaya menamatkan operasi menyelamat pada jam 4.20 pagi. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping dengan menaiki EMRS dan kenderaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan.

 

Sumber : Astro Awani

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy