NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sepasang Suami Isteri Warga Singapura Cemas, BMW Milik Mereka Terbakar

Sepasang Suami Isteri Warga Singapura Cemas, BMW Milik Mereka Terbakar

Sebuah kenderaan jenis BMW kepunyaan sepasang suami isteri warga Singapura terbakar di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), semalam.

Kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 40-an dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat ketika kebakaran terbabit terjadi sekitar jam 8.15 malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke negara mereka iaitu Singapura dari Johor Bharu.

“Ketika menghampiri kaunter laluan motokar di CIQ, BSI, kereta dinaiki pasangan ini tiba-tiba terbakar. Bantuan daripada pihak keselamatan BSI berjaya mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya.

Punca kebakaran masih sedang disiasat lagi oleh pasukan bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan serta kerosakan harta benda yang lain.

 

Sumber : Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy