Seorang anggota polis trafik cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang mabuk di Kilometer 3.6 Jalan Pantai, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, anggota polis trafik tersebut sedang mengawal lalu lintas sekitar jam 7.05 pagi sejurus selepas sebuah kemalangan berlaku di situ.
“Semasa proses penundaan sedang dilakukan, tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Wira warna perak dari arah belakang telah mengubah haluan dari lorong kanan ke lorong kiri lalu melanggar anggota polis trafik yang sedang berdiri di sebelah trak tunda,” katanya.
Mangsa berusia 30-an itu tercampak ke atas cermin hadapan Proton Wira berkenaan lalu melambung dan terjatuh di tengah jalan. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kiri serta luka di beberapa anggota badan.
“Pemandu kereta berkenaan yang berusia 30-an pula mengalami kecederaan ringan. Hasil ujian pernafasan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol, manakala saringan air kencing pula negatif dadah,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Pihak polis memohon saksi awam yang melihat kemalangan agar tampil ke balai trafik IPD Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek 014-6977122,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?