UMW Toyota Rekod Sebanyak 7,600 Unit Jualan pada Jun – Angka Jualan 2024 Kini Mencecah 46,811 Unit

UMW Toyota Rekod Sebanyak 7,600 Unit Jualan pada Jun – Angka Jualan 2024 Kini Mencecah 46,811 Unit

Prestasi jualan bulan Jun telah diumumkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd dengan penjualannya mencapai sebanyak 7,600 unit termasuk dari jenama Lexus.

Berbanding bulan sebelum ini, ia menunjukkan penurunan sebanyak 9.8% dan juga turun sebanyak 12.3% pada tempoh yang sama tahun lalu. Prestasi jualan bagi 6 bulan pertama 2024 juga menurun 3.4% berbanding dengan tempoh 6 bulan pertama 2023.

“Kami berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan pelanggan kami, menerusi jualan yang diperoleh bulan ini. Kepercayaan ini mengukuhkan komitmen kami kepada masyarakat dan sejajar dengan visi kami iaitu Move Your World,” kata presiden Ravindran Kurusamy.

Selain itu, UMW Toyota telah melancarkan promosi “Peace of Mind” di mana rebat sehingga RM7,000 untuk model Yaris serta ansuran bermula serendah RM688 dan pembiayaan sehingga 100 peratus bakal diberikan kepada pelanggan yang berminat untuk mendaftar. Pelanggan juga akan menerima program Toyota Service Savers dengan ansuran serendah RM31.

“Kami teruja menganjurkan pelbagai acara seperti Toyota Showroom Weekender, yang memberi peluang untuk kami mendekati pelanggan dan masyarakat. Interaksi adalah penting untuk memenuhi komitmen dalam perkhidmatan kami dan selaras dengan visi Move Your World,” tambah Ravindra lagi.

 

Sumber : Paultan

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD