Program Peralihan Khas Lesen B Penuh – Tiada Automatik, Harus Jalani Kursus 2 Jam

Program peralihan khas lesen B penuh kepada pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 dibuat setelah mempertimbangkan pelbagai faktor dengan teliti.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, program itu terbuka kepada pemegang lesen B1 dan B2 yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dan mahu menaik taraf lesen mereka kepada motosikal berkuasa tinggi, namun perlu mematuhi syarat ditetapkan.

“Pemohon perlu bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau perkara yang belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Ada yang minta dibuat secara automatik tetapi tidak boleh, mereka perlu pergi ke institut memandu menjalani kursus dua jam. Pemohon perlu layak untuk mengambil lesen B penuh ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, kementerian mengambil kira pengalaman berbanding usia kerana ia satu keputusan yang praktikal dan bertepatan.

“Katakan mengambil kira umur, tapi pemohon tiada pengalaman dan tidak pernah mengambil lesen B2, tidak sesuai juga… jadi kita ambil satu pertimbangan yang lebih praktikal iaitu berdasarkan berapa lama mereka sudah ambil lesen,” katanya.

 

Sumber : Bernama

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD