NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Tercampak Dari Kereta, Seorang Lelaki Maut kerana Kereta Hilang Kawalan

Tercampak Dari Kereta, Seorang Lelaki Maut kerana Kereta Hilang Kawalan

Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah setelah kereta yang dipandu hilang kawalan di Bulatan Persiaran Indah, awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan, siasatan mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 1.45 pagi dan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun sedang memandu kereta jenis Toyota Vios bersama rakannya yang berusia 31 tahun.

“Ketika hendak memasuki ke Bulatan Persiaran Indah, pemandu telah hilang kawalan mengakibatkan kereta tersebut melanggar besi penghadang jalan.

“Perlanggaran itu menyebabkan pemandu tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah tangan kanan sementara rakannya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki dan tangan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat manakala rakannya telah mendapatkan rawatan di hospital sama,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang info atau maklumat mengenai kemalangan ini, boleh hubungi 07-5101322 (Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Iskandar Puteri).

 

Sumber : Sinar Harian

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy