passionately driven

Pemandu Treler, Pemilik Syarikat Berdepan Tindakan Tegas – Isu Rempuh Rumah Sehingga 2 Beradik Maut

Berikutan dengan sebuah treler telah merempuh sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin, Pahang sehingga menyebabkan kematian dua beradik, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam di mana pemandu treler dan pemilik syarikat treler tersebut bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut Loke, peringatan telah diberikan secara berterusan kepada semua syarikat-syarikat pengangkutan untuk mematuhi undang-undang di jalanraya dan memastikan pemandu mereka bebas dari pengaruh dadah dan lain-lain kegiatan yang boleh mengundang bahaya.

“Saya akan mengarahkan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) untuk mengambil tindakan pendakwaan terhadap pemilik syarikat, kerana pemilik lesen syarikat itu juga perlu bertanggungjawab kalau mereka lalai serta membiarkan kemalangan berlaku.

“Takziah kepada keluarga tersebut kerana kemalangan itu berlaku ketika mereka berada dalam rumah sendiri, tetapi malangnya telah dilanggar oleh treler sehingga mendatangkan dua kematian,” katanya.

Jika didapati bersalah, pemilik syarikat itu bakal digantung dan ditarik lesen pengoperasian mereka. Operasi bersepadu secara berterusan telah dijalankan seperti rondaan setiap waktu terutamanya bagi kenderaan muatan berat.

“Kita sudah banyak kali mengambil tindakan mengantung dan menarik lesen, tetapi malangnya perkara ini masih lagi berlaku seolah-olah mereka mahu mencabar kedaulatan undang-undang negara,” katanya.

Baru-baru ini, media telah melaporkan pemandu treler tersebut telah direman selama 4 hari kerana dilaporkan ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD