Jambatan Runtuh Akibat Empangan Pecah di Slim Village, Bina Jambatan Bailey Sementara

Jambatan Runtuh Akibat Empangan Pecah di Slim Village, Bina Jambatan Bailey Sementara

Akibat kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village semalam, Jambatan Bailey akan dibina bagi memberi kemudahan kepada penduduk dan pengguna Jalan Slim River-Behrang Ulu.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, kerja pembinaan akan bermula hari ini dan dijangka akan siap dalam tempoh lima hari. Sepanjang tempoh pembinaan tersebut, penduduk boleh melalui jalan alternatif lain yang agak jauh dari jalan utama.

“Saya dimaklumkan tadi orang sebelah sana (Bandar Behrang) nak ke sini (Kampung Slim Village) masih ada laluan untuk membolehkan mereka berhubung, hanya jauh sedikit.

“Cuma nanti timbul masalah sebab ada pelajar yang berada sebelah sini (Kampung Slim Village) yang bersekolah di seberang sana, maknanya mereka kena cari alternatif untuk pergi sekolah (sementara Jambatan Bailey siap),” katanya.

Setakat ini, pembinaan Jambatan Bailey akan dibina di jambatan struktur konkrit di Jambatan Lama Sungai Slim. Selain itu, dua lagi jambatan yang merupakan jalan kampung turut runtuh dan akan dipantau agensi berkaitan melalui bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB).

“Keutamaan kita berikan kepada jalan negeri kerana ini laluan utama, tetapi untuk jambatan lain saya minta Pengarah PLB untuk melihat keadaan itu,” katanya.

Kejadian yang berlaku mengakibatkan tiga jambatan runtuh dan terputus laluan iaitu jambatan struktur konkrit di jalan negeri manakala dua lagi merupakan jambatan kampung di Kampung Pasir dan Kampung Sungai Muda yang menghubungkan Kampung Piong.

Jambatan konkrit di Jambatan Lama Sungai Slim yang mempunyai lebar 7.5 meter dan panjang 77 meter runtuh selepas mengalami kegagalan disebabkan tidak dapat menahan tekanan daripada sisa kayu yang hanyut bersama aliran air banjir.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD