passionately driven

Seorang Kanak-Kanak Cedera Parah, Motosikal Langgar Lubang di Jalan Raya

Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya itu melanggar sebuah lubang saluran kabel bawah tanah yang dibiarkan tidak bertutup di Jalan Persiaran Rimbun Indah, semalam. Kemalangan terjadi sekitar jam 6.45 pagi ketika mangsa dan bapanya sedang dalam perjalanan untuk menghantar mangsa ke sekolah.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, tiga buah kereta lagi turut mengalami kerosakan selepas melanggar lubang tersebut di jalan raya.

“Berlaku kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan iaitu tiga kereta dan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Rimbun Indah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang seorang lelaki berumur 44 tahun bersama anaknya pelajar sekolah berumur sembilan tahun sedang bergerak dari arah Persiaran Rimbun Indah ke arah Seremban,” katanya.

Walau bagaimanapun, bapa mangsa yang sedang bergerak di lorong kiri secara tiba-tiba terlanggar lubang yang berada di hadapan laluannya. Akibat daripada perlanggaran itu, pembonceng dan penunggang motosikal tercampak jatuh di atas jalan raya.

“Ketiga-tiga pemandu kereta dari arah yang sama turut melanggar lubang itu namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Mangsa pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah pada kepala dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan manakala bapanya mengalami luka pada tangan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 10LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD