Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bernasib baik apabila terselamat selepas memandu kereta jenis Toyota Corolla milik ibu bapanya sehingga terlanggar sebuah van di bahu jalan sekitar jam 9.30 malam di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kanak-kanak tersebut bersama dengan seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun di dalam kereta dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan, menurut Sinar Harian.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu oleh kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang merupakan jirannya.
“Kereta itu dari arah Apartment Arowana Impian menuju ke arah Taman Arowana Impian dan semasa melalui satu selekoh, kereta dipandu terbabas dan melanggar sebuah van jenis Toyota yang diparkir di bahu kiri jalan,” katanya.
Hasil dari pelanggaran tersebut, van terbabit telah menggelongsor ke hadapan sedikit sehingga melanggar sebuah Perodua Kancil yang diparkir di hadapannya.
Sementara itu, ibu-bapa kanak-kanak tersebut telah didakwa atas kesalahan kecuaian dalam menjaga anak-anak dan telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Siasatan mendapati kejadian terjadi ketika kedua ibu-bapa tiada di rumah.
“Bapa kanak-kanak itu yang merupakan peniaga tidak sihat dan ketika kejadian ibunya yang bekerja bahagian pembersihan sedang membawa suaminya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Polis telah pun memanggil ibunya untuk memberi keterangan manakala bapanya akan dipanggil selepas ini,” katanya.
Kanak-kanak itu pula akan disiasat atas kesalahan trafik di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 111 akta sama Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?