NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bongkah Konkrit Jatuh Atas Kereta, Seorang Wanita Nyaris Maut

Bongkah Konkrit Jatuh Atas Kereta, Seorang Wanita Nyaris Maut

Sebuah bongkah konkrit dari sebuah treler terjatuh lalu telah menghempap sebuah kenderaan yang sedang dipandu oleh seorang wanita di Jalan Mambau-Seremban 2 hari ini. Wanita tersebut nyaris maut kerana kenderaan tersebut terbakar setelah dihempap oleh konkrit tersebut, menurut laporan Sinar Harian.

Menurut Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman, pihak bomba menerima panggilan kecemasan tersebut sekitar jam 7.28 pagi tadi.

“Difahamkan ketika kejadian, wanita berusia 31 tahun yang memandu kereta Proton Saga FLX dalam perjalanan menghala ke Seremban. Namun sebaik tiba di satu selekoh, bongkah batu dari sebuah treler tiba-tiba terjatuh menghempap keretanya,” katanya.

Pemandu treler yang berusia 68 tahun tersebut dengan serta-merta memberhentikan kenderaannya lalu membantu mangsa keluar dari kereta sebelum Proton Saga itu terbakar. Mangsa mengalami cedera ringan di bahagian tangan dan telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

“Sebuah lagi kereta Perodua Axia dipandu wanita berusia 30 tahun turut mengalami kerosakan apabila bongkah batu berkenaan terkena sebelah kanan pintu belakang.

“Namun wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy