NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Jualan Kenderaan Baharu pada Ogos 2024 Menurun 2 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada Ogos 2024 Menurun 2 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 71,162 kenderaan telah dijual pada bulan Ogos 2024, sedikit menurun berbanding 71,730 unit pada bulan Julai.

Berbanding dengan Ogos 2023, jualan kenderaan pada Ogos 2024 menurun sebanyak 2% iaitu sebanyak 72,844 unit. Untuk lapan bulan pertama tahun 2024, jumlah jualan kenderaan mencapai 533,301 unit, 6% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 503,783 unit penghantaran.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 73,966 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Ogos 2024, 9% menaik berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 67,912 unit. Manakala untuk YTD pula, merekodkan sebanyak 536,313 unit untuk tahun 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pada Julai tahun ini, persatuan itu menyemak semula ramalan untuk tahun ini sepenuhnya dengan meningkatkan sasaran sebanyak 765,000 unit berbanding perancangan asal 740,000 unit, menurut laporan Paultan. Dengan berbaki 4 bulan sahaja lagi sebelum tahun ini tamat, angka YTD telah pun mencapai sekitar 70%.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy