23 Pengedar Telah Dilantik Pekema Menjelang Pelancaran Rasmi Dongfeng Box – Pusat Pameran di Cyberjaya & Kota Damansara

Central Auto Distributor (CADB) telah melantik 23 pengedar sah pertama di seluruh negara menjelang pelancaran rasmi hatchback elektrik (EV) mereka iaitu Dongfeng Box yang akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Dua bilik pameran utama telah disediakan di Wisma Yayasan Pekema di Cyberjaya dan Kota Damansara.

Dongfeng Box telah dipertontonkan kepada media pada akhir bulan Ogos dengan dua varian akan ditawarkan ke dalam pasaran Malaysia iaitu E2 dan E3. Ia bakal diimport sepenuhnya (CBU) dari China untuk permulaan dan akan ditawarkan dalam versi tempatan (CKD) selepas kilang pemasangan New Energy Vehicles (NEV) di Chembong, Rembau bersedia.

Model ini berukuran 4,020 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,663 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 326 liter dan meningkat hingga 945 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan. Dongfeng Box ini dikuasakan oleh sistem bateri CATL jenis lithium iron phosphate (LFP).

DONGFENG-BOX-NAZZNCO

Kedua-dua varian didatangkan dengan spesifikasi motor elektrik tunggal yang mampu menghasilkan 94 Hp dan 160 Nm tork. Untuk jarak sejauh 330 km boleh dicapai dengan pek bateri berkapasiti 31.45 kWh bagi varian E2 manakala varian E3 dibekalkan dengan pek bateri berkapasiti 42.3 kWh untuk jarak sejauh 430 km dengan sekali pengecasan. Pecutan dari 0-100 km/j hanya 10.6 saat sahaja manakala kelajuan maksimumnya adalah 140 km/j.

DONGFENG-BOX-NAZZNCO

Datuk Hj Mohamed Nazari Bin Noordin, Presiden PEKEMA, menyatakan, “Pelantikan 23 pengedar pertama di seluruh negara menandakan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menggerakkan industri automotif Malaysia ke arah elektrik. Proses R&D menyeluruh ini menunjukkan dedikasi kami untuk menawarkan kenderaan yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan untuk pelanggan kami.”

Untuk spesifikasi penuh, klik di sini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD