NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Aplikasi E-Hailing Bolt Kini Dilancarkan di Malaysia – Diskaun 50% untuk Harga Pengenalan

Aplikasi E-Hailing Bolt Kini Dilancarkan di Malaysia – Diskaun 50% untuk Harga Pengenalan

Hari ini secara rasminya sebuah penyedia perkhidmatan e-hailing yang terkemuka di Estonia, Bolt, dilancarkan di Malaysia. Pengumuman ini dibuat selepas syarikat terbabit berjaya mendapatkan lesen untuk beroperasi daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ini menjadikan Malaysia negara kedua dalam pasaran Asia Tenggara yang berjaya diterokai oleh mereka selepas Thailand.

“Misi Bolt untuk membina bandar untuk manusia, bukan kereta, adalah teras kepada semua yang kami lakukan. Di Malaysia, kami komited untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengubah ruang awam dengan menggalakkan peralihan daripada pemilikan kereta peribadi kepada mobiliti bersama,” kata Pengurus Besar Bolt Malaysia, Afzan Lutfi.

Aplikasi Bolt kini sudah boleh mula dimuat turun dan digunakan untuk Android dan iOS di Lembah Klang. Diskaun 50% akan diberikan untuk 7 tempahan pertama. Promosi ini sah sehingga 14 November 2024.

Kaedah pembayaran yang diterima adalah tunai, kad kredit atau kad debit. Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan dari Paultan, kaedah pembayaran e-wallet tidak disokong di aplikasi Bolt ini.

Pelbagai rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh Bolt di luar Malaysia seperti perkongsian skuter dan basikal elektrik, penghantaran makanan, penghantaran barangan runcit, penyewaan kereta dan mobiliti korporat. Namun, masih belum ada kenyataan rasmi lagi dari Bolt, perkhidmatan apa yang akan diperkenalkan di Malaysia.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy