Kurang dari sebulan sejak dilancarkan, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah berjaya menyerahkan 200 unit model GWM Haval H6 HEV, model pemasangan tempatan (CKD) pertama mereka kepada pelanggan yang menempah. Menurut syarikat itu lagi, tempahan untuk SUV hibrid ini juga telah melebihi 1,500 unit dan sedang menunggu untuk dihantar kepada pelanggan.

Model ini kini telah mencapai lebih 9 juta jualan global, manakala siri GWM Tank 300 telah melebihi 500,000 jualan setakat suku ketiga 2024.
Berharga RM139,800 di Malaysia, SUV segmen-C ini ditawarkan dalam 5 warna dan dilengkapi dengan enjin turbo 1.5L yang menggabungkan tenaga elektrik dan petrol, menghasilkan 243 PS dan 530 Nm tork.
Transmisi hibrid canggihnya membolehkan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 7.7 saat dan membolehkan perjalanan sejauh 1,000 km hanya dengan satu tangki minyak, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.
Waranti 10 tahun/1 juta km untuk enjin dan waranti 8 tahun/1 juta km untuk sistem HEV bersama dengan waranti penuh kenderaan selama 7 tahun/200,000 km akan diberikan eksklusif untuk pemilik pertama dan pendaftaran persendirian sahaja.
Selain itu, sempena pelancaran rasminya, GWM Malaysia turut memberikan rebat sebanyak RM3,000 kepada pelanggan yang membuat tempahan dan penyelenggaraan percuma selama 5 tahun kepada pemilik yang mendaftarkan GWM Haval H6 HEV pada tahun 2024 (termasuk alat ganti dan kos buruh).
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?