NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Seorang Remaja Maut, Tak Sempat Elak Kenderaan Langgar Lampu Isyarat Merah

Seorang Remaja Maut, Tak Sempat Elak Kenderaan Langgar Lampu Isyarat Merah

Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Klebang Utama, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kemalangan berlaku sekitar jam 3.30 pagi dan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke arah Limbongan dari arah bulatan Klebang.

Namun, setibanya di lokasi kejadian, sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza yang dipandu oleh seorang pelajar berusia 17 tahun dipercayai telah melanggar lampu isyarat merah.

“Mangsa dari arah bulatan Klebang bagaimanapun gagal mengelak kereta tersebut. Mangsa kemudian merempuh di bahagian kanan pemandu kereta sebelum dia tercampak dan mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Menurut laporan Sinar Harian, siasatan lanjut mendapati kedua-dua pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebelum jenazahnya dituntut waris keluarga.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy