Dua lelaki dan seorang wanita nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori melanggar 11 buah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), semalam.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3 petang.
“Sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.
Setibanya di lokasi, pihak bomba mengesahkan bahawa lori seberat 5 tan telah melanggar 11 buah kenderaan dan sebuah motosikal, menurut laporan Sinar Harian.
“Terdapat tiga mangsa berusia 43 hingga 65 tahun mengalami kecederaan, kesemua individu yang cedera itu telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?