NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Polis Sedang Baiki Lubang Sedalam 6 Meter di Jalan Lojing-Gua Musang

Polis Sedang Baiki Lubang Sedalam 6 Meter di Jalan Lojing-Gua Musang

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, sebuah lubang sedalam 6 meter di Jalan Lojing – Gua Musang di Kampung Jekjok, Pos Brooke, sedang dibaiki oleh pihak berkuasa.

Buat masa ini, hanya satu jalan dibuka untuk pengguna dari Lojing dan Cameron Highlands.

Menurut laporan Bernama dan Sinar Harian, beberapa tanda peringatan telah diletakkan mengenai kerja-kerja pembaikan jalan itu.

Sementara itu, Penghulu Kampung Jekjok, Pos Brooke, Jubir Sekmo, berkongsi akan punca lubang sedalam 6 meter itu tercetus disebabkan hujan yang berlarutan selama 3 hari.

“Kejadian ini kali pertama berlaku dan kami risau lebih banyak kawasan berisiko mengalami lubang benam yang boleh menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Selain itu, lubang berkenaan juga dipercayai akibat kesan penerokaan dan pembukaan kawasan hutan untuk tujuan membuka ladang sayur selain air hujan mengalir dengan deras di bawah tanah,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy