Aliran Trafik Dijangka Perlahan Sempena Cuti Krismas dan Hujung Tahun, PLUS Jangka 2.12 Juta Kenderaan

Aliran Trafik Dijangka Perlahan Sempena Cuti Krismas dan Hujung Tahun, PLUS Jangka 2.12 Juta Kenderaan

PLUS Malaysia Berhad menjangkakan aliran trafik akan perlahan sempena cuti perayaan Krismas dan hujung tahun bermula 20 Disember hingga 2 Januari ini dan menjangkakan bilangan kenderaan akan mencecah 2.12 juta sehari berbanding 1.85 juta pada hari biasa.

Oleh itu, PLUS menyarankan pengguna lebuhraya untuk merancang perjalanan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan trafik berpanjangan di atas jalanraya. Jadual perjalanan secara digital juga boleh diperiksa sepanjang tempoh tersebut di aplikasi MyPLUS-TTA.

“Jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA di dalam Aplikasi PLUS ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai untuk merancang perjalanan di samping membantu mengagihkan trafik bagi perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

“Pada masa sama, ia juga bertujuan untuk mengelakkan kenderaan terkumpul di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak dan kemungkinan terperangkap di dalam kesesakan,” katanya.

Untuk maklumat trafik terkini, orang ramai boleh pergi ke aplikasi PLUS, Pembantu Maya (PUTRI), akaun rasmi @plustrafik di aplikasi ‘X’ atau menerusi saluran stesen radio.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan atau kecemasan.

“Kami juga menasihatkan supaya menggunakan aplikasi PLUS, aplikasi Waze atau Google Maps untuk merancang dan mendapatkan status trafik semasa pada musim perayaan ini.

“PLUS mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baharu kepada semua pengguna lebuh raya,” ujarnya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD